Ujian SEGAK

TAJUK : STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

LATAR BELAKANG:

1. Kertas Kerja Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dibentangkan dalam Mesyuarat
    Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 4/2006 pada 23 Jun 2006 dan diluluskan.

2. Kertas Maklumat Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dibentangkan dalam
    Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada 23 Januari 2007 dan diluluskan.

STATUS TERKINI:

1. Draf Buku Panduan Guru Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah siap.

2. Uji rintis Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dilaksanakan pada 2006 di seluruh
    Jabatan Pelajaran Negeri mengikut sekolah yang terpilih seramai lebih kurang 12,000 murid telah diuji.

3. Norma Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia mengikut uji rintis telah dibina.

PENGISIAN UJIAN SEGAK

1.Pengiraan Indeks Jisim Badan

2.Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 minit - untuk mengukur dayatahan kardiovaskular. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.90
  (mengikut protokol daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).

3.Ujian Tekan Tubi Lelaki dan Tekan Tubi Separa Untuk Perempuan – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot tangan. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson dan Nieman, 1986)

4.Ujian Ringkuk Tubi Separa – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman, 1999)

5.Ujian Jangkauan Melunjur – untuk mengukur kelenturan Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada

AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth

edition oleh Golding L. A., 2000).

PERANCANGAN 2007

1. Norma ujian akan disemak dan diperbaiki. Ujian akan dilakukan di semua JPN pada bulan Mac mengikut sekolah terpilih.

2. Ujian kecergasan di dua buah Sekolah Sukan Negara akan dilaksanakan pada bulan Mac atas permintaan YB Menteri Pelajaran.

3. Buku Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia akan dikawal mutu dan dicetak.

4. Pengiktirafan SEGAK daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis

Kecergasan Malaysia akan diperoleh. Perbincangan telah dibuat dan

pengiktirafan diterima secara lisan.

5. Surat Pekeliling Iktisas SEGAK akan disediakan.

6. Taklimat kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7. Kursus kepada Guru Jurulatih Utama pada bulan Julai dan Ogos.

PERANCANGAN 2008 1. Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan SEGAK diedarkan ke sekolah.

2. Pembelian alatan ujian Segak daripada peruntukan ‘one‐off’ PPK.

3. Kursus pendedahan SEGAK kepada guru.

4. Pengumpulan data melalui sistem maklumat murid.

Disediakan oleh:

Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

Bidang Kesenian dan Kesihatan

Jan 2008